Jumaat, 24 Disember 2010

KENAPA ??


assalamualaikum
hmmmmm
HIDUP
yeee .. hidup ..
heishhh .. pnah xterasa .. LETIH NY HIDUP ..
pelik kan ??
tu la manusia ..
bl diuji .. mcm2 la hal ny ..
ye .. tu la SAYA ..
ALLAH bg ujian cket .. da mengeluh
heishh .. wahai diri .. SABAR ..
sungguh lemah iman ini ..
ALLAH ampunkan lah dosa hamba mu ini ..
lebih baik diuji .. kerana itu tanda allah sayang pada kita
drpd dibiarkan dngn kelalaian .. tanda ALLAH lp pada kita ..
terima kasih ya ALLAH .. krn rahmat dan kasihmu sentiasa
brd disampingku walaupun hamba mu ini sering alpa dngn hal duniawi ..


Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku,
bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu

marilah sama2 kita merenung diri ini yg lemah ~

KENAPA AKU DIUJI?"

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2-3)

.

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?"

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (QS Al-Baqarah: 216).

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?"

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sekadar kesanggupannya..." (QS Al-Baqarah: 286).

RASA KECEWA?"

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139).

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45).

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... " (QS At-Taubah: 111).

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selainNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dialah yang memiliki Arasy yang agung" (QS At-Taubah: 129).

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"... Orang yang putus harapan dari rahmat Tuhan itu, hanyalah orang2 yang sesat." (QS Al-Hijr: 56)


ya allah .. semoga hati ini terus tabah dan sabar untuk mendapat rahmat dan taqwa kepadamu
bantu lah hamba mu ini ya allah .. aminn ya robb ~

1 ulasan:

meletopZAFLIEYmega berkata...

sabar ea.. =) semua ujian ada hikmah nyaa..
nice entri kali ni..
setelah sekian lama x update.. =)